Tuntutan hakcipta Walt Disney's Studio terhadap Mickey Mouse sepatutnya berakhir pada 2003. Ini akan diikuti pada tahun 2009 oleh banyak lagi karakter awal Disney seperti Pluto, Goofy dan Donald Duck.
Menurut akta hakcipta, seseorang boleh menyalin, mencetak semula dan menjual apa jua artikel yang telah tamat tempoh hakciptanya tanpa perlu membayar royalti kepada pemilik asal. Ini disebabkan artikel tersbut telah menjadi hak awam.
Akan tetapi, Syarikat Walt Disney begitu berpengaruh di dalam arena politik Amerika dan mereka, bersama beberapa pemegang hakcipta yang lain telah berjaya memujuk Kongres Amerika untuk mengubah akta hakcipta.
Akta yang dipanggil The Sonny Bono Term Extension Act, atau lebih dikenali sebagai "The Mickey Mouse Protection Act", telah diluluskan pada 28 Oktober 1998, Dibawah akta baru ini, hakcipta Mickey Mouse dan juga karakter Disney yang lain mendapat lanjutan selama 20 tahun.
Ini bermakna, Mickey Mouse tidak akan menjadi hak awam sehingga tahun 2023.