Dibina untuk individu terkaya di India, Mukesh Ambani, rumah ini siap diduduki pada tahun 2010.
Akan tetapi, ini bukan rumah biasa. Rumah dengan teknologi tercanggih ini setinggi 173 meter (bersamaan dengan bangunan kediaman 60 tingkat) dan mempunyai ruang lantai seluas 37 000 meter persegi.
Antara kemudahan yang terdapat didalam bangunan ini adalah ruang parkir setinggi 6 tingkat, ruang servis dan penyelenggaraan kenderaan di tingkat tujuh, Ruang hiburan lengkap dengan panggung wayang yang memuatkan 50 orang, kelab kesihatan lengkap dengan kolam renang dan peralatan kecergasan, dan dia tingkat sebagai 'Air Space Floor' yang bertindak sebagai bilik kawalan bagi tiga helipad diatas bumbung.
Bangunan yang dinamakan Antilla sempena sebuah pulau mitos ini direka berdasarkan rekaan Taman Tergantung Babylon dan ianya mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh Vaastu, iaitu suatu tradisi masyarakat India yang seakan akan Feng Shui.
No comments:
Post a Comment