Monday, June 13, 2011

Barreleye - Ikan Pelik Berkepala Lutsinar


Ikan istimewa ini ditemui oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Akuarium Monterey Bay (MBARI) di luar pesisir California Tengah.

Ikan yang dikenali sebagai barreleye Fish (Macropinna microstoma) ini mempunyai kubah lutsinar yang melindungi kepalanya. Tetapi jika anda fikir bahawa anda dapat melihat bahagian dalam kepala ikan tersebut, anda salah.

Sfera bewarna hijau yang dapat dilihat ini bukanlah otak ikan ini tetapi merupakan lensa kepada mata silinder ikan ini yang amat peka. mata ikan ini menghadap ke atas dan adalah dipercayai bahawa mata ikan ini kekal memandang ke atas sehinggalah penemuan terbaru menunjukkan bahawa ikan ini mampu menggerakkan matanya untuk menghadap ke hadapan. Apa yang kelihatan seperti mata ikan ini sebenarnya bukanlah mata, tetapi hidung!


Baca selanjutnya berkenaan Barreleye Fish: 1, 2, 3


Thursday, June 9, 2011

Kopi Termahal Di Dunia Daripada Najis Haiwan?


Kopi Civet atau lebih dikenali sebagai Kopi Luwak adalah sejenis kopi istimewa yang diambil dari najis luwak atau Palm Civet (Paradoxurus hemaphroditus).

Proses untuk membuat kopi ini bermula apabila seekor civet memakan buah kopi yang ranum sekaligus menelan bijinya. Biji kopi iyu kemudiannya memalui saluran penghadaman sebelum disingkirkan dalam bentuk gumpalan biji. Gumpalan ini kemudiannya dikutip oleh peladang, dibersihkan, dijemur dan digoreng sebelum dihidang kepada sesiapa yang sudi membayar.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa didalam perut civet, biji kopi akan melalui proses pemeraman didalam asid perut dan enzim yang mana ia memberikan aroma dan rasa yang menarik serta kurang pahit.

Walau bagaimanapun, saintis Amerika telah berjaya meniru proses ini tanpa melibatkan haiwan.

Sumber: 1, 2, 3

Lihat juga kopi Luwak yang tidak melibatkan binatang yang dijual dibawah jenama "Magic Cat"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...