Monday, June 13, 2011

Barreleye - Ikan Pelik Berkepala Lutsinar


Ikan istimewa ini ditemui oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Akuarium Monterey Bay (MBARI) di luar pesisir California Tengah.

Ikan yang dikenali sebagai barreleye Fish (Macropinna microstoma) ini mempunyai kubah lutsinar yang melindungi kepalanya. Tetapi jika anda fikir bahawa anda dapat melihat bahagian dalam kepala ikan tersebut, anda salah.

Sfera bewarna hijau yang dapat dilihat ini bukanlah otak ikan ini tetapi merupakan lensa kepada mata silinder ikan ini yang amat peka. mata ikan ini menghadap ke atas dan adalah dipercayai bahawa mata ikan ini kekal memandang ke atas sehinggalah penemuan terbaru menunjukkan bahawa ikan ini mampu menggerakkan matanya untuk menghadap ke hadapan. Apa yang kelihatan seperti mata ikan ini sebenarnya bukanlah mata, tetapi hidung!


Baca selanjutnya berkenaan Barreleye Fish: 1, 2, 3


Thursday, June 9, 2011

Kopi Termahal Di Dunia Daripada Najis Haiwan?


Kopi Civet atau lebih dikenali sebagai Kopi Luwak adalah sejenis kopi istimewa yang diambil dari najis luwak atau Palm Civet (Paradoxurus hemaphroditus).

Proses untuk membuat kopi ini bermula apabila seekor civet memakan buah kopi yang ranum sekaligus menelan bijinya. Biji kopi iyu kemudiannya memalui saluran penghadaman sebelum disingkirkan dalam bentuk gumpalan biji. Gumpalan ini kemudiannya dikutip oleh peladang, dibersihkan, dijemur dan digoreng sebelum dihidang kepada sesiapa yang sudi membayar.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa didalam perut civet, biji kopi akan melalui proses pemeraman didalam asid perut dan enzim yang mana ia memberikan aroma dan rasa yang menarik serta kurang pahit.

Walau bagaimanapun, saintis Amerika telah berjaya meniru proses ini tanpa melibatkan haiwan.

Sumber: 1, 2, 3

Lihat juga kopi Luwak yang tidak melibatkan binatang yang dijual dibawah jenama "Magic Cat"

Monday, May 23, 2011

Terdapat Sekurang-Kurangnya Sepuluh Sindrom yang Dikaitkan Dengan Facebook


Walaupun tiada yang mendapat pengesahan secara rasmi daripada institusi atau badan-badan perubatan, terma-terma ini telahpun diterbitkan dalam pelbagai penerbitan.

1. CFD (Compulsive Facebook Disorder)

2. OCFD (Obsessive Compulsive Facebook Disorder)

3. FAD (Facebook Addiction Disorder)

4. FAD (Facebook Anxiety Disorder)

5. FD (Facebook Depression)

6. FTAD (Facebook / Twitter Addiction Disorder)

7. FBS (Facebook Syndrome)

8. FSS (Facebook Status Syndrome)

9. FSS (Facebook Stress Syndrome)

10. FWS (Facebook Withdrawal Syndrome)

Anda boleh klik pada pautan diatas dan lihat sindrom yang mana berkaitan dengan anda.

Anda Fikir burung Tiong Dihalaman Rumah Anda Hebat? Fikir Semula.


Jika digandingkan untuk pertandingan nyanyian, burung tiong tidak akan mampu untuk bersaing dengan kemampuan burung ini.

Sebabnya adalah burung jantan dfalam spesis yang dikenali sebagai Lyrebird (Menura novaehollandiae) menarik perhatian burung betina dengan menghasilkan lagu kompleks dengan meniru bunyi bunyi dari persekitarannya.

Berasal dari hutan hujan di Timur Australia, burung ini bukan sahaja pakar dalam meniru bunyi burung-burung lain, malah juga bunyi-bunyi lain seperti gergaji berantai, penggera kereta, suara manusia malah bunyi kamera sekalipun boleh ditiru.

Baca selanjutnya disini: 1, 2, 3



Bolehkah Anda Hidup Tanpa Teknologi Moden?


Ramai diantara kita menganggap teknologi moden disekeliling kita menyempurnakan hidup. Namun, tidak semua berpendapat sedemikian.

Bagi Deborah Bird dari Manchester, kehidupan sempurna bermakna tiada ketuhar gelombang mikro, telefon bimbit, komputer dengan WiFi dan banyak lagi gajet elektronik termasuklah kereta - kerana beliau alah kepada teknologi.

Wanita berumur 43 tahun ini terlalu sensitif terhadap medan elektromagnet (EMF) yang dikeluarkan oleh gajet-gajet berteknologi sehinggakan beliau mendapat ruam yang menyakitkan bilamana berada dekat dengan alatan tersebut.
skin rash whenever she gets near them.

Bukan sahaja beliau mendapat ruam yang teruk, kelopak matanya juga akan membengkak sehingga tiga kali saiz asalnya setiap kali beliau mendapat alahan.


Akibatnya, beliau dan suami terpaksa mengubahsuai rumah mereka menjadi tempat bebas EMF. Dinding dinding rumah terpaksa dicat dengan cat karbon khas dan setiap tingkap dilapisi dengan lapisan filem penahan gelombang. Mereka juga terpaksa tidur dibawah kelambu perak.

Baca selanjutnya disini : 1, 2

Friday, May 20, 2011

Rumah Termahal Di Dunia Setinggi 27 Tingkat Dan Menelan Kos Lebih $1 Bilion


Dibina untuk individu terkaya di India, Mukesh Ambani, rumah ini siap diduduki pada tahun 2010.

Akan tetapi, ini bukan rumah biasa. Rumah dengan teknologi tercanggih ini setinggi 173 meter (bersamaan dengan bangunan kediaman 60 tingkat) dan mempunyai ruang lantai seluas 37 000 meter persegi.

Antara kemudahan yang terdapat didalam bangunan ini adalah ruang parkir setinggi 6 tingkat, ruang servis dan penyelenggaraan kenderaan di tingkat tujuh, Ruang hiburan lengkap dengan panggung wayang yang memuatkan 50 orang, kelab kesihatan lengkap dengan kolam renang dan peralatan kecergasan, dan dia tingkat sebagai 'Air Space Floor' yang bertindak sebagai bilik kawalan bagi tiga helipad diatas bumbung.

Bangunan yang dinamakan Antilla sempena sebuah pulau mitos ini direka berdasarkan rekaan Taman Tergantung Babylon dan ianya mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh Vaastu, iaitu suatu tradisi masyarakat India yang seakan akan Feng Shui.

Sumber: 1, 2, 3

Monday, May 16, 2011

Malaysia Merupakan Negara ke-45 Paling Ramai di Dunia.


Menurut The World Factbook oleh CIA, China adalah negara yang mempunyai penduduk paling ramai dengan bilangan 1.3 bilion penduduk diikuti dengan Indi dengan 1.2 bilion penduduk.

Malaysia pula menduduki tempat ke 43 dengan jumlah 28 juta penduduk (terletak di antara Peru di tangga ke- 42 and Uzbekistan di tangga ke-44).

Wilayah yang paling kurang penduduk pula kepunyaan Kepulauan Pitcairn dengan hanya mempunyai 48 orang penduduk!



Baca selanjutnya mengenai Kepulauan Pitcairn dan "Pemberontakan diatas HMS Bounty" disini dan disini.

Sumber: CIA, JPM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...