Monday, June 13, 2011

Barreleye - Ikan Pelik Berkepala Lutsinar


Ikan istimewa ini ditemui oleh pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan Akuarium Monterey Bay (MBARI) di luar pesisir California Tengah.

Ikan yang dikenali sebagai barreleye Fish (Macropinna microstoma) ini mempunyai kubah lutsinar yang melindungi kepalanya. Tetapi jika anda fikir bahawa anda dapat melihat bahagian dalam kepala ikan tersebut, anda salah.

Sfera bewarna hijau yang dapat dilihat ini bukanlah otak ikan ini tetapi merupakan lensa kepada mata silinder ikan ini yang amat peka. mata ikan ini menghadap ke atas dan adalah dipercayai bahawa mata ikan ini kekal memandang ke atas sehinggalah penemuan terbaru menunjukkan bahawa ikan ini mampu menggerakkan matanya untuk menghadap ke hadapan. Apa yang kelihatan seperti mata ikan ini sebenarnya bukanlah mata, tetapi hidung!


Baca selanjutnya berkenaan Barreleye Fish: 1, 2, 3


Thursday, June 9, 2011

Kopi Termahal Di Dunia Daripada Najis Haiwan?


Kopi Civet atau lebih dikenali sebagai Kopi Luwak adalah sejenis kopi istimewa yang diambil dari najis luwak atau Palm Civet (Paradoxurus hemaphroditus).

Proses untuk membuat kopi ini bermula apabila seekor civet memakan buah kopi yang ranum sekaligus menelan bijinya. Biji kopi iyu kemudiannya memalui saluran penghadaman sebelum disingkirkan dalam bentuk gumpalan biji. Gumpalan ini kemudiannya dikutip oleh peladang, dibersihkan, dijemur dan digoreng sebelum dihidang kepada sesiapa yang sudi membayar.

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa didalam perut civet, biji kopi akan melalui proses pemeraman didalam asid perut dan enzim yang mana ia memberikan aroma dan rasa yang menarik serta kurang pahit.

Walau bagaimanapun, saintis Amerika telah berjaya meniru proses ini tanpa melibatkan haiwan.

Sumber: 1, 2, 3

Lihat juga kopi Luwak yang tidak melibatkan binatang yang dijual dibawah jenama "Magic Cat"

Monday, May 23, 2011

Terdapat Sekurang-Kurangnya Sepuluh Sindrom yang Dikaitkan Dengan Facebook


Walaupun tiada yang mendapat pengesahan secara rasmi daripada institusi atau badan-badan perubatan, terma-terma ini telahpun diterbitkan dalam pelbagai penerbitan.

1. CFD (Compulsive Facebook Disorder)

2. OCFD (Obsessive Compulsive Facebook Disorder)

3. FAD (Facebook Addiction Disorder)

4. FAD (Facebook Anxiety Disorder)

5. FD (Facebook Depression)

6. FTAD (Facebook / Twitter Addiction Disorder)

7. FBS (Facebook Syndrome)

8. FSS (Facebook Status Syndrome)

9. FSS (Facebook Stress Syndrome)

10. FWS (Facebook Withdrawal Syndrome)

Anda boleh klik pada pautan diatas dan lihat sindrom yang mana berkaitan dengan anda.

Anda Fikir burung Tiong Dihalaman Rumah Anda Hebat? Fikir Semula.


Jika digandingkan untuk pertandingan nyanyian, burung tiong tidak akan mampu untuk bersaing dengan kemampuan burung ini.

Sebabnya adalah burung jantan dfalam spesis yang dikenali sebagai Lyrebird (Menura novaehollandiae) menarik perhatian burung betina dengan menghasilkan lagu kompleks dengan meniru bunyi bunyi dari persekitarannya.

Berasal dari hutan hujan di Timur Australia, burung ini bukan sahaja pakar dalam meniru bunyi burung-burung lain, malah juga bunyi-bunyi lain seperti gergaji berantai, penggera kereta, suara manusia malah bunyi kamera sekalipun boleh ditiru.

Baca selanjutnya disini: 1, 2, 3



Bolehkah Anda Hidup Tanpa Teknologi Moden?


Ramai diantara kita menganggap teknologi moden disekeliling kita menyempurnakan hidup. Namun, tidak semua berpendapat sedemikian.

Bagi Deborah Bird dari Manchester, kehidupan sempurna bermakna tiada ketuhar gelombang mikro, telefon bimbit, komputer dengan WiFi dan banyak lagi gajet elektronik termasuklah kereta - kerana beliau alah kepada teknologi.

Wanita berumur 43 tahun ini terlalu sensitif terhadap medan elektromagnet (EMF) yang dikeluarkan oleh gajet-gajet berteknologi sehinggakan beliau mendapat ruam yang menyakitkan bilamana berada dekat dengan alatan tersebut.
skin rash whenever she gets near them.

Bukan sahaja beliau mendapat ruam yang teruk, kelopak matanya juga akan membengkak sehingga tiga kali saiz asalnya setiap kali beliau mendapat alahan.


Akibatnya, beliau dan suami terpaksa mengubahsuai rumah mereka menjadi tempat bebas EMF. Dinding dinding rumah terpaksa dicat dengan cat karbon khas dan setiap tingkap dilapisi dengan lapisan filem penahan gelombang. Mereka juga terpaksa tidur dibawah kelambu perak.

Baca selanjutnya disini : 1, 2

Friday, May 20, 2011

Rumah Termahal Di Dunia Setinggi 27 Tingkat Dan Menelan Kos Lebih $1 Bilion


Dibina untuk individu terkaya di India, Mukesh Ambani, rumah ini siap diduduki pada tahun 2010.

Akan tetapi, ini bukan rumah biasa. Rumah dengan teknologi tercanggih ini setinggi 173 meter (bersamaan dengan bangunan kediaman 60 tingkat) dan mempunyai ruang lantai seluas 37 000 meter persegi.

Antara kemudahan yang terdapat didalam bangunan ini adalah ruang parkir setinggi 6 tingkat, ruang servis dan penyelenggaraan kenderaan di tingkat tujuh, Ruang hiburan lengkap dengan panggung wayang yang memuatkan 50 orang, kelab kesihatan lengkap dengan kolam renang dan peralatan kecergasan, dan dia tingkat sebagai 'Air Space Floor' yang bertindak sebagai bilik kawalan bagi tiga helipad diatas bumbung.

Bangunan yang dinamakan Antilla sempena sebuah pulau mitos ini direka berdasarkan rekaan Taman Tergantung Babylon dan ianya mematuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh Vaastu, iaitu suatu tradisi masyarakat India yang seakan akan Feng Shui.

Sumber: 1, 2, 3

Monday, May 16, 2011

Malaysia Merupakan Negara ke-45 Paling Ramai di Dunia.


Menurut The World Factbook oleh CIA, China adalah negara yang mempunyai penduduk paling ramai dengan bilangan 1.3 bilion penduduk diikuti dengan Indi dengan 1.2 bilion penduduk.

Malaysia pula menduduki tempat ke 43 dengan jumlah 28 juta penduduk (terletak di antara Peru di tangga ke- 42 and Uzbekistan di tangga ke-44).

Wilayah yang paling kurang penduduk pula kepunyaan Kepulauan Pitcairn dengan hanya mempunyai 48 orang penduduk!



Baca selanjutnya mengenai Kepulauan Pitcairn dan "Pemberontakan diatas HMS Bounty" disini dan disini.

Sumber: CIA, JPM

Sunday, May 15, 2011

Mona Lisa Seorang Mak Nyah?


Teori yang paling terkenal setakat ini berkaitan Mona Lisa ialah ianya merupakan merupakan sebuah lukisan yang memaparkan wajah isteri seorang pedagang yakni Lisa Gherardini.

Namun, para penyelidik telah mengemukakan satu teori baru berkaitan pemilik wajah di sebalik likusan paling terkenal ini.

Menurut Silvano Vincetti, pengarah National Historic Commission di Itali, model untuk lukisan ini adalah seorang perantis kepada Leonardo da vinci sendiri yang bernama Gian Giacomo Caprotti atau lebih dikenali sebagai Salai.

Dia juga merupakan model untuk beberapa hasil kerja f da Vinci yang lain termasuklah lukisan John the Baptist dan Angel Incarnate.

Sumber: 1, 2, 3

Saturday, May 14, 2011

Bukan Setakat Berjalan, Anda Boleh Memandu Diatas Air!


Dengan penggunaan tayar yang betul dan pada kelajuan tinggi, anda mungkin boleh memandu diatas permukaan air seperti yang ditunjukkan didalam video dibawah.

Jika keadaan diatas diatas dapat dipenuhi, regangan permukaan air akan mampu menampung berat kenderaan lebih daripada satu tan!

Klik sini jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk berjalan diatas air.

Tentera NAZI Sangat Bergaya, Pakaian Seragam Mereka Dibuat Oleh HUGO BOSS!


Akan tetapi, ketika itu, syarikat ini belum lagi dikenali dengan fesyen lelaki dan tali leher yang bergaya. Ia merupakan salah satu kontraktor yang dilantik untuk menghasilkan pakaian seragam untuk Unit SS, SA Stormtroopers dan juga Pemuda Hitler.

Hugo Boss mengasaskan kilang tekstilnya pada tahun 1923. Pada masa itu, kilangnya menghasilkan pakaian untuk polis dan juga posmen. Lapan tahun kemudian, Hugo Boss menyertai Parti Nazi.

Menjelang tahun 1933 Hugo Boss mula menghasilkan pakaian seragam Nazi. Setelah kematiannya, syarikat ini kembali menghasilkan pakaian seragam polis dan posmen.

Baca selanjutnya disini.

Sunday, April 24, 2011

Menurut NASA, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Bukanlah Seorang Angkasawan


Menurut NASA, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah seorang "Peserta Penerbangan Angkasa".

Ini meletakkan beliau sebaris dengan Peserta Penerbangan Angkasa yang lain seperti Charles Simonyi, Richard Garriot, Greg Olsen dan Anousheh Ansari

Sources: 1, 2, 3, 4

Tempura Bukan Berasal Dari Jepun!

Walaupun dianngap sinonim dengan Negara Jepun, tempura berasal dari barat.

ia telah diperkenalkan di Jepun pada pertengahan abad ke-16 oleh mubaligh dan pedagang Portugis.

Ia menjadi begitu popular sehingga diberitakan bahawa pengasas dan Shogun pertama Keshogunan Tokugawa yakni Tokugawa Ieyasu, telah mati akibat memakan terlalu banyak tempura.


Sumber: 1, 2

Mentol Ini Terus Menyala Setelah 110 Tahun Dihidupkan!


Mentol unik ini dipasang di Balai Bomba Livermore di California, Amerika Syarikat. Ia telah menyala secara berterusan setiap hari sejak musim panas tahun 1901.

Meskipun mennghadapi beberapa gangguan bekalan elektrik dan telah dipindahkan sebanyak dua kali, mentol yang dikenali sebagai "Centennial Light" ini diiktiraf oleh Guiness Book of Records sebagai mentol yang berfungsi tertua di dunia.


Sumber: 1, 2, 3

Manusia Boleh Berjalan Diatas Air!


Manusia sememangnya boleh berjalan diatas air. Malah terdapat sejenis sukan yang tertumpu pada aktiviti ini atau lebih tepat lagi berlari di atas air!

Sukan ini (dinamakan Liquid Mountaineering) bermula di Portugal dan telah merebak ke serata Eropah dan juga telah mencecah ke Amerika Utara.

Wednesday, April 20, 2011

Hakcipta Mickey Mouse Sepatutnya Berakhir Pada 2003


Tuntutan hakcipta Walt Disney's Studio terhadap Mickey Mouse sepatutnya berakhir pada 2003. Ini akan diikuti pada tahun 2009 oleh banyak lagi karakter awal Disney seperti Pluto, Goofy dan Donald Duck.

Menurut akta hakcipta, seseorang boleh menyalin, mencetak semula dan menjual apa jua artikel yang telah tamat tempoh hakciptanya tanpa perlu membayar royalti kepada pemilik asal. Ini disebabkan artikel tersbut telah menjadi hak awam.

Akan tetapi, Syarikat Walt Disney begitu berpengaruh di dalam arena politik Amerika dan mereka, bersama beberapa pemegang hakcipta yang lain telah berjaya memujuk Kongres Amerika untuk mengubah akta hakcipta.

Akta yang dipanggil The Sonny Bono Term Extension Act, atau lebih dikenali sebagai "The Mickey Mouse Protection Act", telah diluluskan pada 28 Oktober 1998, Dibawah akta baru ini, hakcipta Mickey Mouse dan juga karakter Disney yang lain mendapat lanjutan selama 20 tahun.

Ini bermakna, Mickey Mouse tidak akan menjadi hak awam sehingga tahun 2023.

Sumber: 1, 2, 3, 4

Pada Usia 2000 Tahun, Biji Tamar Adalah Yang Tertua Untuk Bercambah




Ketika Para Saintis meneroka runtuhan Kota Masada pada tahun 1960-an, mereka terjumpa beberapa artifak yang mana antaranya termasuklah beberapa butir biji tamar purba.

Baru-baru ini, biji-biji tersebut telah disemai didalam tanah dan hasilnya, satu diantara biji tersebut telah bercambah.
Ujian pentarikhan karbon telah dilakukan terhadap biji-biji yang tidak bercambah dan hasilnya menunjukkan bahawa biji-biji tersebut berusia lebih kurang 2000 tahun.

Pokok Tamar yang bercambah ini (gambar dibawah) dinamakan Methusaleh dan kini memegang rekod sebagai benih yang tertua untuk bercambah setelah benih teratai yang berusia 1300 tahun di China.


Sumber: 1, 2

Hotel Ini Dibina Dalam Masa 6 Hari!

Industrialized Building System (IBS) telah memberikan keajaiban dalam Industri Pembinaan. Sebagai contoh, pembinaan hotel di China ini. Hotel ini (The Ark Hotel) merupakan sebuah hotel yang lestari, mempunyai rintangan gempa bumi pada tahap 9 dan mempunyai sistem penebat haba dan bunyi. Ia juga setinggi 15 tingkat. Namun, pembinaan struktur hotel ini ( tidak termasuk kerja-kerja asas) memakan masa hanya 2 hari! Empat hari lagi diperuntukkan untuk memasang segala yang lain yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah bangunan. Dan menjelang hari yang ke-7 semua sudah boleh berehat!

Friday, April 15, 2011

Bil Telefon Berjumlah RM 806.4 Trillion?





Talian telefon kepunyaan bapa beliau telah dimatikan pada Januari 2006 tetapi beberapa bulan selepas itu, Yahya Wahab menerima kejutan besar apabila menerima bil telefon daripada syarikat telekomunikasi. Lebih mengejutkan adalah jumlah yang dicatatkan di dalam bil tersebut iaitu sebanyak RM 806,400,000,000,000.01 dan ia harus di bayar dalam masa 10 hari atau menghadapi tindakan mahkamah.

Bapa Yahya yang telah meninggal dunia meninggalkan baki bil sebanyak
RM 84.00 yang telah diselesaikan oleh Yahya sebelum talian tersebut dimatikan.

Sebagai perbandingan, Hutang Negara Malaysia pada tahun 2006 hanya sebanyak RM 0.175 Trillion

Sumber: 1, 2

Daun Ini Boleh Menampung Berat Kanak-Kanak 6 Tahun


Teratai Gergasi Amazon (Victoria amazonica) mempunyai daun yang paling lebar di dunia.

Lebar daunnya boleh mencapai sehingga 2.4 meter.

Tumbuhan ini tumbuh secara semulajadi di kawasan air tenang, tasik ladam dan dataran banjir Amazon.

Pada mulanya pengembara menamakan tumbuhan ini Victoria regia sempena Ratu England tetapi ianya ditukar ke Victoria amazonica untuk lebih menonjolkan habitat asalnya.


Sumber: 1, 2

Thursday, April 14, 2011

Belgium Ialah Negara Yang Tidak Mempunyai Kerajaan Untuk Tempoh Yang Paling Lama


Setelah menewaskan Iraq yang mengambil masa 289 hari untuk menubuhkan kerajaan, Belgium kini merupakan pemegang rekod dunia sebagai negara tanpa kerajaan untuk tempoh yang paling lama. Setakat artikel ini ditulis, Belgum telah mengalami kemelut tersebut selama 306 hari atau selama 10 bulan dan 2 hari.


Sumber 1, 2

Sejenis Protin Telah Dinamakan Sempena Pikachu



Protein yang baru dijumpai ini dinamakan sebagai Pikachurin sempena satu karakter Pokemon yakni Pikachu. Ianya dijumpai oleh sekumpulan 18 penyelidik di Department of Developmental Biology, Osaka Bioscience Institute di Jepun.

Pikachurin adalah penting dalam membentuk jaringan reaksi yang sempurna antara protoreceptor ribbon synapses dan juga bipolar dendrites. Tanpanya, reaksi reaksi photoreceptor akan berlaku tiga kali lebih perlahan.

Nama ini diinspirasikan daripada pergerakan Pikachu yang lincah dan kuasa kejutan elektriknya. Menarik bukan?


Sumber 1, 2, 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...